soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Kategori

🏢 Kategori Arkib Arkib Maklumbalas Pertanyaan Maklumbalas Pertanyaan 14

Bil Pengguna
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
Maklumbalas Pertanyaan
14.

Kamarol

Merujuk kepada perkara di atas, saya dengan ini mencadangkan agar tanah yang menempatkan kompleks JUPEM di jalan semarak dipindahkan ke tempat lain agar pembangunan swasta boleh dijalankan. dengan nilaian tanah sekaki RM490 dan keluasan tanah adalah 9ekar adalah amat berbaloi bagi pihak swasta mengemukakan cadangan pengambilan tanah berkenaan dan digantikan di tempat lain sepertimana yang berlaku ke atas Kem Sungai Besi yang dipindahkan ke sendayan negeri sembilan. saya mencadangkan agar kompleks jupem yang baru dibina di sendayan atau lukut negeri sembilan dengan bangunan dan kelengkapan yang baru serta dibina kawasan perumahan dan keutamaan boleh dibeli oleh kakitangan JUPEM berkenaan dengan diskaun tertentu sebelum tanah jupem di jalan semarak boleh ditukarmilik kepada pihak swasta. konsep yang sama seperti Bandar Malaysia sg besi. dengan pembangunan disekeliling kompleks jupem seperti kompleks felcra yang dalam pembinaan, cadangan pembinaan 3000 unit rumah kediaman felda dijalan semarak, projek semarak city oleh MRCB , dan cadangan pembangunan semula tanah kolej multimedia yang di pindahkan ke cyberjaya dan diambil oleh NAZA TTDI , kawasan tanah/kompleks jupem merupakan satu-satu tanah yang berpotensi besar untuk dibangunan di masa akan datang. oleh yang demikian diharapkan pihak ukas dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat kerana adalah tidak sesuai bagi kakitangan awam untuk bekerja di kawasan yang akan mengalami kepesatan projek mega di masa akan datang. disamping itu juga generasi baru kakitangan awam juga memerlukan rumah untuk tinggal dan tiada rumah yang termampu bileh dibeli di kawasan jalan semarak ini.
Salam Sejahtera En. Kamarol.

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan cadangan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan serta aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Untuk makluman, cadangan tuan telah pun dipanjangkan untuk perhatian pihak pengurusan tertinggi UKAS.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

6331252
YesterdayYesterday8436
All_DaysAll_Days6331252

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768