logo Ukas

Seksyen Infrastruktur I

🏢 Maklumat UKAS Profil Profil Seksyen Seksyen Infrastruktur I

Memastikan pelaksanaan program-program PPP bagi sektor Lebuhraya, Rel dan Perkhidmatan Bandar berkesan dan mencapai matlamat Kerajaan seperti berikut:

 

  1. mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui peningkatan pelaburan dan jalinan kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta

  2. memperoleh Value for Money melalui kos yang efektif dan pengagihan risiko yang optimum

  3. meningkatkan kecekapan dan produktiviti

  4. mengoptimum sumber kewangan negara dan kepakaran sektor awam dan swasta

  5. mengenalpasti business model baru yang inovatif bagi pelaksanaan projek-projek PPP bagi mewujudkan jalinan kerjasama yang mapan antara sektor awam dan swasta.


 

Merancang, menilai, menyelaras, merunding dan memantau pelaksanaan projek-projek kerjasama awam swasta dalam sektor Lebuhraya, Rel dan Perkhidmatan Bandar melalui aktiviti-aktiviti berikut:

 

  • memproses dan meneliti cadangan awal dan need statement projek

  • menyelaras penyediaan dokumen tender projek

  • menilai cadangan kewangan projek bagi menepati konsep value for money

  • merunding terma dan syarat perjanjian konsesi dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan

  • menyediakan draf perjanjian konsesi

  • menyediakan Kertas Jemaah Menteri bagi memperakukan terma dan syarat perjanjian yang telah dimuktamadkan

  • menangani isu-isu pelaksanaan projek yang telah diswastakan dan menilai sama ada hendak diteruskan sebagai projek penswastaan ataupun sebaliknya

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

1357180
YesterdayYesterday1104
All_DaysAll_Days1357180

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768