TERMA RUJUKAN TERMA RUJUKAN

 

JAWATANKUASA KERJASAMA AWAM SWASTA (JKAS)

UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA, JABATAN PERDANA MENTERI(UKAS, JPM)

1. Objektif Penubuhan

Membuat keputusan secara berpusat (central decision making) mengenai perkara-perkara dasar bagi cadangan projek-projek kerjasama awam swasta
(public private partnership – PPP).

2. Peranan JKAS

2.1 Menilai dan menimbang cadangan projek PPP (termasuk Dana Mudah Cara) yang diterima daripada kementerian / agensi kerajaan / pihak swasta untuk diperaku atau ditolak;

2.2 Memperaku cadangan PPP untuk pertimbangan Y. A. B. Perdana Menteri atau Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan prinsip;

2.3 Memperaku syarikat yang memenuhi kriteria dan syarat kelayakan/cadangan projek yang memberi impak, hasil ekonomi, nilai tambah dan nilai pengganda yang tinggi untuk pertimbangan Y. A. B. Perdana Menteri bagi kelulusan pemberian geran Dana Mudah Cara;

2.4 Memperaku cadangan projek berimpak tinggi terhadap ekonomi negara yang memerlukan suntikan Dana Mudah Cara tetapi tidak menepati syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Dana Mudah Cara tetapi tidak menepati syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Dana Mudah Cara

2.5 Memperakukan penilaian tender / Request for Proposal (RFP) projek PPP bagi senarai pendek syarikat yang paling berkelayakan kepada Y. A. B. Perdana Menteri atau Jemaah Menteri untuk pertimbangan;

2.6 Memperaku syarat dan terma perjanjian utama Perjanjian Konsesi dan Perjanjian Dana Mudah Cara untuk kelulusan Jemaah Menteri;

2.7 Menentukan hala tuju rundingan projek PPP (termasuk Dana Mudah Cara); dan

2.8 Mewujudkan Jawatankuasa Pemandu Projek (JPP), Jawatankuasa Kecil Kewangan (JKK) dan Jawatankuasa Kecil Teknikal (JKT). Peranan dan senarai ahli bagi JPP, JKK dan JKT adalah seperti di Para 6 hingga Para 8.

3. Ahli-Ahli JKAS

Pengerusi : Ketua Pengarah UKAS, JPM
Setiausaha
 
: Pengarah @ Ketua Penolong Pengarah Subseksyen Keurusetiaan,Seksyen  Pemantauan Projek dan Keurusetiaan,UKAS, JPM
Ahli Tetap : Jabatan Peguam Negara
  : Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
  : Bahagian Pelaburan, MKD dan Penswastaan, Kementerian Kewangan Malaysia
  : Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), UKAS, JPM
  : Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), UKAS, JPM


Untuk Mesyuarat Selain Daripada Projek Dana Mudah Cara

  • Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia
  • Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia
  • Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian
  • Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
  • Pengarah Seksyen Teknikal, UKAS, JPM @ wakil

Untuk Mesyuarat Projek Dana Mudah Cara

  • Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari, Kementerian Kewangan Malaysia
  • Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia
  • Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri
  • Bank Negara Malaysia
  • Pengarah Kanan Seksyen Dasar PPP dan Pembangunan Koridor
  • Pengarah Seksyen Dana Mudah Cara
  • Ahli Jemputan :
    • Kementerian / Agensi pelaksana yang berkaitan
    • Pengarah Seksyen (penyelia rundingan projek berkenaan), UKAS, JPM @ wakil
    • Pegawai Pakar, UKAS, JPM yang berkaitan
    • Individu tertentu untuk memberi pandangan dan nasihat tentang projek Dana Mudah Cara (Mesyuarat Projek Dana Mudah Cara sahaja)

Halaman: 1  2  3