PIAGAM PELANGGAN
"Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tangungjawab dan memberi perkhimatan dengan penuh dedikasi, berkualiti dan profesional melalui dasar yang pragmatik kepada pelanggan-pelangan kami seperti berikut:
- Memproses,menilai dan menimbang semua permohohan cadangan penswastaan yang memenuhi syarat dan mempunyai maklumat yang mencukupi dan keputusan prinsip diberi dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan;
- Merunding terma dan syarat-syarat bagi projek-projek yang memperolehi kelulusan prinsip dengan teliti dan dimuktamadkan untuk pertimbangan kerajaan;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan jemaah menteri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh arahan;
- Menyediakan ulasan keatas Memorandom Jemaah Menteri dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh memorandum diterima dari kementerian /agensi; dan
- Melayan semua pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat mengenai penswastaan,Inisiatif Pembiayaan Swasta(PFI) dan Koridor secara tepat,jelas dan bersopan santun.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelangan-pelanggan kami demi kebaikan bersama agar objektif dan pelaksanaan dasar-dasar dapat dicapai dengan jayanya."


























