Aplikasi e-Gov
| Bil. | Perkhidmatan Online | Keterangan |
| 1. | HRMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia bermula dari pelantikan penjawat awam hingga persaraan. | |
| 2. | e-Perolehan adalah satu sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menjual barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. Ia merupakan sistem perolehan elektronik yang menghubungkan komuniti pembeli dan penjual bersama-sama di dalam persekitaran yang selamat dan terjamin. | |
| 3. | Sistem Perancangan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB) telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan kawalan kewangan serta keperluan maklumat kewangan projek-projek di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik.
Ia membantu dalam proses kawalan belanjawan, memantau perbelanjaan PTJ dan mempercepatkan proses penyediaan dokumen kewangan. Dengan adanya pengantaramukaan Sistem eSPKB dengan Goverment Financial & Management System (GFMAS), urusan bayaran perbelanjaan dapat dipercepatkan. | |
| 4. | Sistem e-Terimaan dibangunkan bagi memudahkan serta menyeragamkan proses pungutan wang Kerajaan di peringkat Pusat Tanggungjawab, juga memudahkan penyesuaian akaun di antara Pusat Tanggungjawab dengan Pejabat Perakaunan.
Antara peranan utama e-Terimaan adalah untuk memperkemaskan proses pungutan hasil dan mempertingkatkan kawalan pengurusan buku tunai dengan memasukkan prosedur perakaunan buku tunai berkomputer. | |
| 5. | Sistem Pemantauan Projek II membantu untuk memantau projek - projek pembangunan di bawah seliaan UKAS. | |
| 6. | Sistem semakan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan Individu (Kakitangan Kerajaan Sahaja) |


























