Profil Seksyen Pendidikan, Tenaga & Utiliti Profil Seksyen Pendidikan, Tenaga & Utiliti

Objektif

Memastikan pelaksanaan program-program PPP bagi sektor pendidikan dan tenaga adalah berkesan dan mencapai matlamat Kerajaan seperti berikut:   

i.    mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui peningkatan pelaburan dan jalinan kerjasama pintar
      antara sektor awam dan swasta;
ii.   memperoleh Value for Money melalui kos yang efektif dan pengagihan risiko yang optimum;
iii.  meningkatkan kecekapan dan produktiviti;  
iv.  mengoptimum sumber kewangan negara dan kepakaran sektor awam dan swasta; dan
v.   mengenalpasti business model baru yang inovatif bagi pelaksanaan projek-projek PPP bagi                        mewujudkan   jalinan kerjasama yang mapan antara sektor awam dan swasta.

Fungsi

Merancang, menilai, menyelaras, merunding dan memantau pelaksanaan projek-projek kerjasama awam swasta dalam sektor pendidikan, tenaga dan utiliti melalui aktiviti-aktiviti berikut:   

•    memproses dan meneliti cadangan awal dan need statement projek

•    menyelaras penyediaan dokumen tender projek

•    menilai cadangan kewangan projek bagi menepati konsep value for money

•    merunding terma dan syarat perjanjian konsesi dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan agensi
     berkaitan

•    menyediakan draf perjanjian konsesi

•    menyediakan Kertas Jemaah Menteri bagi memperakukan terma dan syarat perjanjian yang telah
     dimuktamadkan

•    menangani isu-isu pelaksanaan projek yang telah diswastakan dan menilai sama ada hendak diteruskan
     sebagai projek penswastaan ataupun sebaliknya