PERUTUSAN MENTERI PERUTUSAN MENTERI

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop     

Kata-kata Aluan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat datang ke laman web rasmi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

Kewujudan laman web UKAS diharap dapat membantu orang ramai mengenali dengan lebih dekat fungsi dan tanggungjawab UKAS. Secara umumnya, UKAS bertanggungjawab dalam menggubal dasar dan strategi kerjasama antara awam-swasta selaras dengan visi unit ini untuk melaksanakan transformasi ekonomi melalui jalinan kerjasama strategik untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Laman web ini merupakan satu wadah penting dalam menyalurkan maklumat yang tepat mengenai potensi dan halatuju pelaksanaan projek-projek penswastaan dan public private partnership (PPP) kepada orang ramai. Adalah menjadi harapan saya agar laman web ini dapat dimanafaatkan sewajarnya oleh orang ramai khususnya dalam memperolehi maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan program dan aktiviti penswastaan dan PPP. Laman web ini juga diharap dapat menggalakkan interaksi yang mesra diantara unit ini dengan pelanggan. Justeru itu, orang ramai adalah di alu-alukan untuk melayari laman web ini dan mengemukakan sebarang komen demi meningkatkan kualiti perkhidmatan unit ini.

Akhir kata, semoga laman web ini dapat memberi manfaat kepada semua dalam melaksanakan dasar Kerajaan.

1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

Koleksi Ucapan Menteri >>