Profil Seksyen Undang-undang Profil Seksyen Undang-undang

Objektif

Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia dalam masa yang ditetapkan dengan mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat kepada negara.

Fungsi    

•    Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang berkenaan dengan perkara
     yang dirujuk.

•    Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian penswastaan,
     memorandum persefahaman dan dokumen perundangan lain yang mana Kerajaan merupakan salah satu
     pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi.

•    Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki.

•    Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki.

•    Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan 
      kerjasama awam swasta.

•    Menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi
     memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut kehendak undang-
     undang.