PIAGAM PELANGGAN PIAGAM PELANGGAN

"Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab dan memberi perkhidmatan dengan penuh dedikasi, berkualiti dan profesional melalui dasar yang pragmatik kepada pelanggan-pelanggan kami seperti berikut:

1)

Memaklumkan keputusan terhadap permohonan cadangan projek PPP yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan tertakluk kepada perakuan -

  a) Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS); atau
  b) Jawatankuasa Tertinggi Awam Swasta (JTAS); atau
  c)

Jemaah Menteri

2)

Merunding terma dan syarat-syarat serta memuktamadkan perjanjian cadangan projek PPP dalam tempoh 12 bulan tertakluk kepada –

  a) skop, perincian teknikal dan kewangan yang lengkap;
  b) status tanah (jika berkaitan); dan
  c)

persetujuan pihak-pihak yang terlibat

3)

Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh memorandum diterima dari kementerian/agensi;dan

4)

Menjawab semua aduan dan pertanyaan bertulis daripada pelanggan mengenai PPP dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima

Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama agar objektif dan pelaksanaan dasar-dasar dapat dicapai dengan jayanya."