soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Aplikasi e-Gov

🏢 Warga UKAS Aplikasi e-Gov

HRMIS

HRMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia bermula dari pelantikan penjawat awam hingga persaraan.

e-Perolehan

e-Perolehan adalah satu sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menjual barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. Ia merupakan sistem perolehan elektronik yang menghubungkan komuniti pembeli dan penjual bersama-sama di dalam persekitaran yang selamat dan terjamin.

e-SPKB

Sistem Perancangan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB) telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan kawalan kewangan serta keperluan maklumat kewangan projek-projek di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik.
Ia membantu dalam proses kawalan belanjawan, memantau perbelanjaan PTJ dan mempercepatkan proses penyediaan dokumen kewangan. Dengan adanya pengantaramukaan Sistem eSPKB dengan Goverment Financial & Management System (GFMAS), urusan bayaran perbelanjaan dapat dipercepatkan.

e-Terimaan

Sistem e-Terimaan dibangunkan bagi memudahkan serta menyeragamkan proses pungutan wang Kerajaan di peringkat Pusat Tanggungjawab, juga memudahkan penyesuaian akaun di antara Pusat Tanggungjawab dengan Pejabat Perakaunan.
Antara peranan utama e-Terimaan adalah untuk memperkemaskan proses pungutan hasil dan mempertingkatkan kawalan pengurusan buku tunai dengan memasukkan prosedur perakaunan buku tunai berkomputer.

SPP II

Sistem Pemantauan Projek II membantu untuk memantau projek - projek pembangunan di bawah seliaan UKAS.

e-Penyata Gaji

Sistem semakan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan Individu (Kakitangan Kerajaan Sahaja)

Sistem Tapisan Keselamatan e-Vetting

Pelaksanaan Sistem Tapisan Keselamatan e-vetting ini adalah menggunakan nombor kad pengenalan sebagai User ID di mana permohonan, proses, semakan dan keputusan tapisan keselamatan boleh dibuat secara atas talian.

Sistem Maklumat Perolehan Kerajaan (GPIS)

Fungsi utama GPIS adalah untuk menyimpan maklumat perolehan yang terperinci bagi Agensi-Agensi Kerajaan meliputi peringkat awal pelaksanaan perolehan/projek sehingga perolehan/projek selesai.

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

5972659
YesterdayYesterday10294
All_DaysAll_Days5972659

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768