logo Ukas

Soalan Lazim

🏢 Soalan Lazim

Dana Mudahcara

Dana yang disediakan oleh Kerajaan sebagai insentif ke atas pelaburan yang telah dibuat oleh sektor swasta melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan.


Tertakluk kepada dasar dan keputusan Kerajaan dari semasa ke semasa, secara umumnya bantuan Dana Mudahcara ini diberi dalam bentuk geran.

Dana Mudahcara adalah dana yang disediakan oleh Kerajaan sebagai insentif ke atas pelaburan yang telah dibuat oleh sektor swasta melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan. Tertakluk kepada dasar dan keputusan Kerajaan dari semasa ke semasa, secara umumnya bantuan Dana Mudahcara ini diberi dalam bentuk geran tanpa perlu dibayar balik.

Payback Period yang dimaksudkan dalam Garis Panduan Dana Mudahcara adalah tempoh pembayaran balik pinjaman kewangan dari institusi kewangan lain oleh Syarikat berhubung projek tersebut.

Elemen touch point adalah elemen berkaitan projek yang pada pandangan Kerajaan dapat memberi manfaat secara langsung kepada awam. Contohnya: kemudahan awam, jalan, jambatan dan lain-lain manfaat yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan.

Sekiranya sesebuah Syarikat diluluskan bantuan Dana Mudahcara oleh Kerajaan, satu Perjanjian dikenali Perjanjian Dana Mudahcara perlu ditandatangani di antara Kerajaan, Bank dan Syarikat. Secara umumnya Perjanjian tersebut akan menyatakan antara lainnya jumlah, kaedah Dana Mudahcara disalurkan dan tanggungjawab ketiga-tiga pihak dalam perjanjian.

Secara amnya, penyaluran dana dibuat secara lump-sum reimbursement setelah pelaksanaan pembangunan projek yang telah diluluskan bantuan Dana Mudahcara siap sepenuhnya.

Kriteria dan syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Syarikat hendaklah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya sebanyak RM300,000.00 semasa perjanjian ditandatangani;
  2. mempunyai hak milik ke atas tanah yang akan dibangunkan atau hak untuk melaksanakan projek atas tanah yang dicadangkan (seperti joint venture agreement Power of Attorney , pajakan);
  3. telah memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kelulusan mandatori dari lain-lain agensi berkaitan bagi memulakan pelaksanaan projek;
  4. mempunyai kapasiti, keupayaan, kemahiran/kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek yang dicadangkan; dan
  5. mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta berkeupayaan untuk mendapatkan pembiayaan komersil bagi pelaksanaan projek.

Komponen Dana Mudahcara yang dimaksudkan adalah perincian kos kepada kerja-kerja infrastruktur yang mempunyai public touch point diinside boundary dan outside boundary yang akan dilaksanakan oleh Syarikat. Contohnya adalah komponen road works, general infrastructure, utilities and public touch point elements.

Antara sektor utama yang menerima bantuan Dana Mudahcara ialah:

  1. Pelancongan ;
  2. Pembangunan bercampur (mixed-development)
  3. Minyak, gas dan tenaga
  4. Pembuatan
  5. Pengangkutan
  6. Peruncitan
  7. Kesihatan
  8. Pendidikan
  9. PRIMA dan PPA1M

Had maksimum permohonan Dana Mudahcara yang boleh dipertimbangkan adalah tidak melebihi 10% atau RM200 juta (yang mana lebih rendah) dari kos pembangunan projek.

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

1588564
YesterdayYesterday2237
All_DaysAll_Days1588564

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768