logo Ukas

Seksyen Sosial, Pendidikan dan Kesihatan

🏢 Maklumat UKAS Profil Profil Seksyen Seksyen Sosial, Pendidikan dan Kesihatan

 

Memastikan pelaksanaan program-program PPP bagi sektor sosial, pendidikan dan kesihatan adalah berkesan dan mencapai matlamat Kerajaan seperti berikut:

 

  1. mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui peningkatan pelaburan dan jalinan kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta;

  2. memperoleh value for money melalui kos yang efektif dan pengagihan risiko yang optimum;

  3. meningkatkan kecekapan dan produktiviti;

  4. mengoptimumkan sumber kewangan negara dan kepakaran sektor awam dan swasta; dan

  5. mengenalpasti model perniagaan (business model) baru yang inovatif bagi pelaksanaan projek-projek PPP untuk mewujudkan jalinan kerja yang mapan antara sektor awam dan swasta

 

 

Merancang, menilai, menyelaras, merunding dan memantau pelaksanaan projek-projek kerjasama awam swasta dalam sektor kesihatan, sains & teknologi dan industri perkhidmatan melalui aktiviti-aktiviti berikut:

 

  • memproses dan meneliti cadangan awal dan need statement projek

  • menyelaras penyediaan dokumen tender projek

  • menilai cadangan kewangan projek bagi menepati konsep value for money

  • merunding terma dan syarat perjanjian konsesi dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan

  • menyediakan draf perjanjian konsesi

  • menyediakan Kertas Jemaah Menteri bagi memperakukan terma dan syarat perjanjian yang telah dimuktamadkan

  • menangani isu-isu pelaksanaan projek yang telah diswastakan dan menilai sama ada hendak diteruskan sebagai projek penswastaan ataupun sebaliknya

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

1452713
YesterdayYesterday1259
All_DaysAll_Days1452713

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768