Maklumbalas Pertanyaan 5
-
CreatedJumaat, 04 December 2015
-
Created byPentadbir
-
Last modifiedIsnin, 18 March 2019
-
Revised byPentadbir
-
Categories
Bil | Pengguna |
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
|
Maklumbalas Pertanyaan
|
5. |
James Joel Anak Nihang |
Salam sejahtera, Disini, saya ingin memohon jasa baik Tuan sekiranya terdapat contoh atau format bagi cadangan projek PPP. Sila hubungi saya di nombor tertera di bawah sekiranya ingin membuat pengesahan dan sebarang pertanyaan. sekian terima kasih. James Joel |
Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia
Tuan, Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala pertanyaan, cadangan, pandangan mahu pun aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan. Untuk makluman tuan, UKAS telah pun memaparkan Garis Panduan PPP di Portal UKAS seperti alamat URL yang saya nyatakan di bawah http://www.ukas.gov.my/documents/10157/dd1b44a5-429b-4e37-aa98-383414bc59f3 sebagai rujukan bagi tuan menyediakan cadangan/format projek PPP. Diharapkan tuan dapat meluangkan masa untuk membaca Garis Panduan PPP ini dan jika tuan masih memerlukan pertanyaan/penjelasan lanjut, sila hubungi Puan Azizatul Yusna Binti Ahmed Yusuff, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Seksyen Dasar PPP di talian 03-8880 5854. Sekian, salam hormat dan terima kasih. |