logo Ukas

Maklumbalas

🏢 Awam Maklumbalas

No.
Pengguna
Pendapat / Cadangan / Pertanyaan
 
Maklumbalas/Tindakan
 
 
1.
 
Narulfadila Binti Taher
 
Salam,

Bagaimana cara untuk mendaftar syarikat sebagai vendor di jabatan ini daftar syarikat untuk membekal dan perkhidmatan.

terima kasih
 
Waalaikumusalam wbt & Salam Sejahtera.

Puan Narulfadila Binti Taher.

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan atau aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Mengenai pertanyaan puan, dimohon puan untuk menggemukakan profil syarikat kepada:-

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) 
Sesyen Khidmat Korporat & ICT
Unit Pentadbiran
Tingkat 2, Menara Usahawan
Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya
(UP: Puan Kintan Abdul Rahman)
kintan [AT] ukas.gov.my / 03-88865889

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

 
2.
 
Mat Daud
 
Macam mana kalau saya mahu membuat permohonan tender?
 
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

En. Mat Daud,

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui portal rasmi UKAS. 

Untuk makluman tuan, maklumat mengenai sebarang tender UKAS akan diiklankan di dalam Portal UKAS dan juga surat khabar nasional dengan menyatakan syarat-syarat bagi permohonan tender tersebut.

UKAS juga mengamalkan prosedur e-Dokumen Tender dan ianya dapat dicapai melalui alamat Portal UKAS seperti berikut; www.ukas.gov.my / https://edokumentender.ukas.gov.my/

Sekian, salam hormat dan terima kasih.
 
 
3.
 
Tentumewah Sdn. Bhd.
 
Kami sebagai pemaju mahu tahu bagaimana caranya untuk memohon membina rumah untuk projek PPA1M. Tolong email borang-borang yang berkenaan.

Alamat kami adalah seperti berikut:

TENTUMEWAH SDN. BHD.
NO. 143, TINGKAT ATAS
JALAN KELAB CINTA SAYANG
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
Tel: 04-448 5599 / 5598 Faks: 04-448 5597

PENGARAH: GOH AIK LAI
hp: 012-477 0829
 
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Tuan,

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan mahu pun aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Memandangkan pertanyaan yang dikemukakan oleh pihak tuan adalah dibawah bidang kuasa Perbadanan Putrajaya (PPJ) maka pertanyaan tuan telah saya salinkan kepada pegawai aduan PPJ iaitu En Mohd Faisal Bin Abdul Wahab Chu, 03-88877152, m.faisal [AT] ppj.gov.my

Diharapkan sebarang pertanyaan mengenai PPA1M di masa akan datang dikemukakan terus kepada pihak PPJ.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.
4.
 
Nafesa Ismail
 
Assalamualaikum Person-In-Charge, 

I am Nafesa Ismail, a first year PhD student at Kyoto University taking Global Environmental Studies in Urban Disaster Risk Reduction. 

I am trying to gather data especially on the PPP that involves or have some role in disaster risk reduction (DRR) in Malaysia. At the moment, I only found big conglomerates such as Petronas, Sime-Darby and OEM that were involved during the tsunami disaster in 2004. Apart from that, it is really hard to get private sectors who were involved. Would you mind giving me some directions on how I could get my hands on the PPP's involvements particularly in DRR? 

Hope you can assist me in this matter. Look forward to your kind reply.

Thank you. 
 
 
Assalamualaikum wbt.

Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk pertanyaan puan bertarikh 24.04.2015,

Memandangkan pertanyaan puan agak umum justeru saya memohon untuk puan menggemukakan pertanyaan puan secara lebih spesifik kepada Puan Azizatul Yusna Binti Ahmed Yusuff, Ketua Penolong Pengarah Kanan,Seksyen Dasar PPP UKAS di talian 03-88805854 atau emel azizatul [AT] ukas.gov.my

Sekian, terima kasih.
 
5.


James Joel   Anak Nihang

 
Salam sejahtera,

Disini, saya ingin memohon jasa baik Tuan sekiranya terdapat contoh atau format bagi cadangan projek PPP. Sila hubungi saya di nombor tertera di bawah sekiranya ingin membuat pengesahan dan sebarang pertanyaan.

sekian terima kasih.

James Joel
 
Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

Tuan,

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala pertanyaan, cadangan, pandangan mahu pun aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Untuk makluman tuan, UKAS telah pun memaparkan Garis Panduan PPP di Portal UKAS seperti alamat URL yang saya nyatakan di bawah http://www.ukas.gov.my/documents/10157/dd1b44a5-429b-4e37-aa98-383414bc59f3 sebagai rujukan bagi tuan menyediakan cadangan/format projek PPP.

Diharapkan tuan dapat meluangkan masa untuk membaca Garis Panduan PPP ini dan jika tuan masih memerlukan pertanyaan/penjelasan lanjut, sila hubungi Puan Azizatul Yusna Binti Ahmed Yusuff, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Seksyen Dasar PPP di talian 03-8880 5854.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.
 
 
6.
 
Nur Ainina Binti Mohd Ali
 
Salam/ Hi,

My name is Nur Ainina Binti Mohd Ali, final semester student that currently conducting a survey on the above topic to complete my dissertation as a requirement of Master of Science Facilities Management from Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

This study has three (3) objectives. The objectives of research are listed as the following:
1. To identify the criteria of a good Project Quality Plan.

2. To investigate the recent implementation of Project Quality Plan in Malaysia that helps facilitate asset maintenance management.

3. To evaluate importance of Project Quality Plan amongst Professionals in order to encourage it as a utility tool of asset maintenance management.

All responses are sealed as private and confidential that will only be used within this research. I am truly glad and greatly appreciate for your time in responding to this survey.

Profuse thanks.
 
Waalaikumusalam.

Ainina Ali,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menggemukakan permohonan untuk mendapatkan maklum balas daripada Warga Kerja UKAS.

Namun begitu, permohonan saudari akan saya angkat untuk pertimbangan dan kelulusan pihak atasan sebelum saya boleh membuat hebahan kepada Warga Kerja UKAS.

Adalah lebih mudah sekiranya saudari dapat menggemukakan soalan maklum balas ini secara dalam talian (on-line) dengan menggunakan kemudahan web percuma seperti MonkeySurvey atau Google Survey.

Sekian, terima kasih.
7.
 
Nur Nasiha binti Mohd Saron
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Nur Nasiha binti Mohd Saron, pelajar Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang kini sedang menjalankan kajian penyelidikan berkenaan dengan pelaksanaan projek PPP di Malaysia. Terdapat beberapa soalan ringkas yang ingin saya kemukakan pada pihak tuan/puan berkenaan dengan projek PPP yang disenaraikan bawah UKAS seperti yang tertera di laman web UKAS. Berikut adalah soalan saya:
1. Berdasarkan kepada senarai projek utama PPP, adakah keseluruhannya telah siap dibina atau masih dalam peringkat pembangunan?

2. Di antara projek yang disenaraikan, manakah projek yang berhubung dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)?

3. Bolehkah saya dapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan projek PPP yang berhubung dengan DBKL atas tujuan kajian penyelidikan semata-mata?

Saya berharap pihak tuan/puan dapat memberi maklum balas terhadap pertanyaan yang dikemukakan. Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian.
 
 
Waalaikumusalam wbt.

Puan,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menggemukakan pertanyaan melalui Portal Rasmis UKAS.

Merujuk soalan puan, saya mohon untuk puan menghubungi Puan Azizatul Yusna Binti Ahmed Yusuff (KPPK) - Seksyen Dasar PPP di talian 03-88805854 (Talian Terus)

Sekian, terima kasih.
 
8.
 
Kamarol Azmil bin Adzhan
 
Adalah dicadangkan lot 14263 Pelan Akui 100438 (Wisma JUPEM) di Jalan Semarak bersebelahan dengan Felda dan juga tapak menara Felcra, dibangunakan semula dengan menempatkan semula wisma & kompleks JUPEM di tempat lain seperti di cyberjaya, Bandar Enstek, Nilai. Ini kerana Tanah seluas 9 ekar ini sekiranya dibangunkan oleh pihak GLC kerajaan seperti TH Properties bersama- sama Felda boleh mendatangkan keuntungan kepada GLC berkenaan dan seterusnya kepada pendeposit Tabung Haji. Dicadangkan agar dibuat secara "land swap" dimana pemaju membina bangunan, monument, dan kemudahan di tempat/ kawasan lain sebelum mengambil Tanah berkenaan disamping memberikan kemudahan kepada kakitangan awam tersebut untuk membeli rumah dikawasan baru tersebut. Dicadangkan kawasan enstek, nilai, cyberjaya atau taman Sains Selangor 2 bersebelehan cyberjaya untuk dipindahkan wisma/kompleks JUPEM berkenaan. Ini merupakan langkah strategic sekiranya TH properties berminat dengan Tanah dilembah Klang terutamanya berhampiran dengan KLCC kerana projek2 GLC lain seperti menara Felcra, pembangunn semula Tanah felda di jalan semarak, kolej telekom, dan bersebelahan UTM jalan semarak akan meningkatkan profile Tanah dikawasan jalan semarak tersebut
 
 
Saudara Kamarol Azmil Bin Adzhan,

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan cadangan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan atau aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Cadangan saudara mengenai perkara ini akan diangkat untuk perhatian dan pertimbangan pihak tertinggi UKAS.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.
 
9.
 
Ideris Hadzir
 
Saya ingin bertanya berkaitan syarat-syarat yang diperlukan sekiranya projek yang hendak dilaksanakan diwajibkan melalui UKAS.
Sekiranya terdapat projek seperti EPC (Profit Sharing penjimatan tenaga)yang memerlukan tempoh selama 10 tahun oleh ESCO company, apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Juga bagaimanakah kaedah untuk melakukan serta siapakah pegawai bertanggungjawab di UKAS yang boleh saya hubungi.
 
Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

En Ideris Hadzir,

Terlebih dahulu saya bagi pihak UKAS ingin mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan tuan.

Saya memohon tuan untuk melawati Portal UKAS di URL www.ukas.gov.my di bawah My Partnership untuk memahami terma dan syarat untuk memohon Dana Mudahcara atau projek di bawah PPP.

Jika tuan masih memerlukan penjelasan lanjut, tuan bolehlah menghubungi saya di talian 03-88805848.

Sekian, terima kasih.
10
 
Luqman Adrine Ja'afar
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai projek PPP di dalam sektor pengangkutan yang telah siap dan sedang dijalankan di Malaysia dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini?Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, saya memerlukan data ini untuk kajian saya dalam bidang pengangkutan di Malaysia. Terima Kasih.
 
W/Salam,

En Luqman,

Terima kasih kerana telah menggemukakan pertanyaan melalui Portal UKAS. Memandangkan pertanyaan tuan agak umum maka tuan dimohon untuk menghubungi Puan Azizatul Yusna Ahmed Yusuff, Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Seksyen Dasar PPP UKAS ditalian 03-8880 5854.

Sekian, terima kasih.
 
 
11
 
Visnu Bahwan
 
Salam 1 Malaysia,

YB. Datuk/ Datin/ Tuan/ Encik/ Puan/ Cik,

Saya Visnu Bahwan berkerja dengan housing developer. Saya ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan Dana Mudah Cara? Apa-apa syarat untuk memohon Dana ini?
Sekian Terima Kasih.
 
 
En Visnu Bahwan,

Untuk maklumat selanjutnya, mohon untuk menghubungi En. Mohamad Syakir Bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Seksyen Dana PPP di talian 03-88805847.

Sekian, terima kasih.
 
 
12
 
Fania Ahmad
 
apakah tujuan utama website ini
 
Saudari Fania Ahmad,

Tujuan utama website ini adalah satu usaha Kerajaan ke arah
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui gerbang internet.

Selain itu, Portal UKAS ini juga memaparkan informasi mengenai 'core business' utama UKAS sebagai peneraju kerjasama awam swasta di Malaysia seperti PPP, Dana Mudahcara dan lain-lain.

Sekian, terima kasih.
13.
 
Mah Wai Hoong
 
Selamat sejahtera and pagi Tuan/Puan,

Saya ingin mengetahui format filing untuk dokumen-dokumen yang diperlukan oleh UKAS & Bank Pembangunan sebelum saya menyerahkan dokumen ini.

Harap boleh meneriam maklumbalas daripada Tuan/Puan secepat mungkin.
 
En. Ryder Mah.

Terima kasih kerana menghubungi saya sebentar tadi. Dari informasi yang diberikan oleh tuan, mohon untuk tuan menghubungi En. Mohamad Syakir Bin Abu Bakar, KPP Seksyen Dana PPP UKAS di talian 03-88805847 atau emel beliausyakir [AT] ukas.gov.my.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.
 
 
14.
 
Kamarol
 
Merujuk kepada perkara di atas, saya dengan ini mencadangkan agar tanah yang menempatkan kompleks JUPEM di jalan semarak dipindahkan ke tempat lain agar pembangunan swasta boleh dijalankan. dengan nilaian tanah sekaki RM490 dan keluasan tanah adalah 9ekar adalah amat berbaloi bagi pihak swasta mengemukakan cadangan pengambilan tanah berkenaan dan digantikan di tempat lain sepertimana yang berlaku ke atas Kem Sungai Besi yang dipindahkan ke sendayan negeri sembilan. saya mencadangkan agar kompleks jupem yang baru dibina di sendayan atau lukut negeri sembilan dengan bangunan dan kelengkapan yang baru serta dibina kawasan perumahan dan keutamaan boleh dibeli oleh kakitangan JUPEM berkenaan dengan diskaun tertentu sebelum tanah jupem di jalan semarak boleh ditukarmilik kepada pihak swasta. konsep yang sama seperti Bandar Malaysia sg besi. dengan pembangunan disekeliling kompleks jupem seperti kompleks felcra yang dalam pembinaan, cadangan pembinaan 3000 unit rumah kediaman felda dijalan semarak, projek semarak city oleh MRCB , dan cadangan pembangunan semula tanah kolej multimedia yang di pindahkan ke cyberjaya dan diambil oleh NAZA TTDI , kawasan tanah/kompleks jupem merupakan satu-satu tanah yang berpotensi besar untuk dibangunan di masa akan datang. oleh yang demikian diharapkan pihak ukas dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat kerana adalah tidak sesuai bagi kakitangan awam untuk bekerja di kawasan yang akan mengalami kepesatan projek mega di masa akan datang. disamping itu juga generasi baru kakitangan awam juga memerlukan rumah untuk tinggal dan tiada rumah yang termampu bileh dibeli di kawasan jalan semarak ini.
 
 
Salam Sejahtera En. Kamarol.

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan cadangan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan serta aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Untuk makluman, cadangan tuan telah pun dipanjangkan untuk perhatian pihak pengurusan tertinggi UKAS.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.
15.
 
Ravee Vasu
 
Dear Sirs, 

Please allow us to introduce OSRAM Opto-Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd. 

Our History in Penang , Malaysia 
The history of OSRAM Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd goes back to 1972 when as Litronix from the U.S., it started LED production with LED watches, calculators and games. Siemens Germany took over Litronix in 1982 and in the 1999, Siemens streamlined its operations and established Osram Opto Semiconductors, a subsidiary of OSRAM GmbH, Germany.
The manufacturing location in Penang is currently one of the largest and most well equipped Osram Opto Semiconductor manufacturing facility in the world. It has the combined expertise of the world's largest lighting manufacturer and the photonic know-how and technology of the opto semiconductor business. The products manufactured in this location include Surface Mount Light Emitting Diodes (SM LED), Radial LED, Intelligent Displays, Sensors and Organic Light Emitting Diodes (OLED). 
Osram Opto Semiconductor Sdn Bhd has had a history of technology and innovation excellence compassing precision and timely product development. With a total of 38 000 square meters of built up area and fully automated high-tech manufacturing, the company manufactures products that consistently exceed customers' expectations. 
Located in Free Industrial Zone in Bayan Lepas on the island of Penang, Osram Opto Semiconductor's business covers three areas:

(i) Lighting solutions, where it aims to replace interior and exterior illumination with LEDs

(ii) Sensing, the production of remote control and cruise control equipment, and laser head reading of diskettes, in medical use and other sensing applications

(iii) Visualisation – applications of Organic LED and SM LED for large screen display for indoor and semi-outdoor applications. 
Osram Opto Semiconductor's products are built to demand, are used in a wide range of applications and are sold worldwide, predominantly in Europe with a growing market share in Asia and the U.S. Osram Opto Semiconductor is the approved and preferred supplier of companies globally.
Our Future plan in Kulim Hi Tech Park, Malaysia 

Osram will invests in its Opto Semiconductors (OS) segment for a new LED chip plant in Kulim Hi-Tech Park, Malaysia for Epitaxy and Wafer Fabrication manufacturing activities. The new plant will represent the largest and latest 6-inch LED chip production site worldwide. The additional production capacity and its technological leadership will enable Osram to significantly increase its market share in the fast growing general lighting markets. 

Our Proposal to UKAS. 

Our plan is to meet UKAS officials and share our plans and discuss how UKAS could assist us with Facilitation Fund and other areas we can work together. 

We look forward to meeting you and appreciate if you could consider arranging an appointment to meet you. Thank you. 

Kind regards

Ravee Vasu
CFO 
 
Salam Sejahtera.

Tuan,

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui Portal UKAS, JPM. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan serta aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Bagi pertanyaan tuan,tuan di mohon untuk menghubungi En Mohamad Syakir Bin Abu Bakar, KPP Seksyen Dana PPP, 03-88805847 @ syakir [AT] ukas.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

1456873
YesterdayYesterday1470
All_DaysAll_Days1456873

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768