soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Profil Seksyen

🏢 Kategori Profil Seksyen

 

Memastikan pelaksanaan program-program PPP bagi sektor sosial adalah berkesan dan mencapai matlamat Kerajaan seperti berikut:

 

  1. mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui peningkatan pelaburan dan jalinan kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta;

  2. memperoleh value for money melalui kos yang efektif dan pengagihan risiko yang optimum;

  3. meningkatkan kecekapan dan produktiviti;

  4. mengoptimumkan sumber kewangan negara dan kepakaran sektor awam dan swasta; dan

  5. mengenalpasti model perniagaan (business model) baru yang inovatif bagi pelaksanaan projek-projek PPP untuk mewujudkan jalinan kerja yang mapan antara sektor awam dan swasta

 

 

Merancang, menilai, menyelaras, merunding dan memantau pelaksanaan projek-projek kerjasama awam swasta dalam sektor sosial melalui aktiviti-aktiviti berikut:

 

  • memproses dan meneliti cadangan awal dan need statement projek

  • menyelaras penyediaan dokumen tender projek

  • menilai cadangan kewangan projek bagi menepati konsep value for money

  • merunding terma dan syarat perjanjian konsesi dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan

  • menyediakan draf perjanjian konsesi

  • menyediakan Kertas Jemaah Menteri bagi memperakukan terma dan syarat perjanjian yang telah dimuktamadkan

  • menangani isu-isu pelaksanaan projek yang telah diswastakan dan menilai sama ada hendak diteruskan sebagai projek penswastaan ataupun sebaliknya



Menjalankan kegiatan/aktiviti pembangunan kapasiti dan khidmat nasihat berkaitan Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership - PPP) kepada sektor kerajaan, swasta, akademia dan masyarakat awam.




  • Mengumpul maklumat berkaitan PPP sebagai repositori atau tempat rujukan khas untuk warga UKAS dan stakeholders yang berminat.

  • Melaksanakan aktiviti dan program untuk mengukuhkan kapasiti warga UKAS dan kementerian berkaitan PPP.

  • Mengenalpasti amalan terbaik dan kisah kejayaan dari negara lain untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran warga UKAS dan kementerian berkaitan PPP.

  • Meningkatkan kerjasama dan jaringan dengan sektor awam, swasta dan akademia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk mempromosi UKAS dan PPP.

  • Menyelaras lawatan, khidmat nasihat dan khidmat kepakaran kepada stakeholders yang berminat.

Berikut merupakan seksyen-seksyen yg menjadi sebahagian daripada pembentukan UKAS. Sila pilih maklumat di sebelah kiri untuk maklumat lanjut.



Menganalisa dan memberi khidmat nasihat kewangan korporat yang relevan, boleh dipercayai dan profesional untuk membantu pembuatan keputusan bagi mencapai pengagihan keuntungan dan risiko yang bersesuaian di antara Kerajaan dan pihak Swasta selaras dengan prinsip value for money.




  • Melaksanakan analisis kewangan korporat bagi mengenal pasti kebolehlaksanaan dan daya maju sesebuah projek PPP berdasarkan model kewangan yang disediakan;

  • Memberi khidmat nasihat berkaitan model kewangan, model perniagaan, model pelaburan, aturan pembiayaan dan agihan risiko kewangan sesebuah projek PPP;

  • Menyertai rundingan kewangan sesebuah projek PPP;

  • Melaksanakan penilaian bagi mengenal pasti keberkesanan dan kesesuaian model PPP berbanding konvensional;

  • Mengenal pasti cadangan penambahbaikan kepada polisi/garis panduan bagi penilaian kewangan dan pengekomersilan sesebuah projek PPP; dan

  • Menyelaras komitmen kewangan Kerajaan bagi projek-projek PPP.

 

Memastikan pelaksanaan projek-projek kerjasama awam swasta memperolehi value for money melalui kos yang efektif dan pengagihan risiko yang optimum.

 

 

  • Menentukan skop teknikal dan spesifikasi projek.

  • Mewujudkan pengkalan data bagi standad dan kos untuk projek-projek  PFI.

  • Melaksanakan bengkel Pengurusan Nilai (Value Management Lab) sebagai alat pengurusan atau management tool bagi mencapai value for money.

  • Menyelaras penyediaan Request for Proposal (RFP) untuk projek PFI.

  • Memberi khidmat nasihat bagi pengagihan dana mudahcara apabila diperlukan.

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

5980560
YesterdayYesterday10294
All_DaysAll_Days5980560

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768