TERMA RUJUKAN TERMA RUJUKAN

JAWATANKUASA KERJASAMA AWAM SWASTA (JKAS)

  • Menilai dan menimbang cadangan projek PPP (termasuk Dana Mudah Cara) yang diterima daripada Kementerian / Jabatan / Agensi / pihak swasta untuk disyorkan kepada MATAS atau ditolak;
  • Memperakukan penilaian tender / RFP projek PPP dan mengesyorkan pembida yang berjaya kepada Jemaah Menteri;
  • Memuktamadkan syarat dan terma perjanjian utama Perjanjian Konsesi dan Perjanjian Dana Mudah Cara;
  • Memperakukan syarikat yang memenuhi kriteria dan syarat kelayakan / cadangan projek yang memberi impak, hasil ekonomi, nilai tambah dan nilai pengganda yang tinggi bagi pemberian Dana Mudah Cara untuk pertimbangan YAB Perdana Menteri;
  • Mengesyorkan kepada MATAS projek berimpak tinggi terhadap ekonomi negara yang memerlukan suntikan Dana Mudah Cara tetapi tidak menepati syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Dana Mudah Cara untuk pertimbangan YAB Perdana Menteri;
  • Memperakukan syor penyelesaian masalah / isu kritikal untuk rundingan / pelaksanaan projek PPP (termasuk Dana Mudah Cara) kepada MATAS;
  • Memaklumkan keputusan YAB Perdana Menteri / Jemaah Menteri kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Pelaksana / Syarikat berkenaan projek PPP (termasuk Dana Mudah Cara);
  • Menetapkan ‘effective date' setelah pemegang konsesi /penerima Dana Mudah Cara memenuhi semua syarat yang ditetapkan sebagai ‘Condition Precedents' dalam Perjanjian Konsesi  / Perjanjian Dana Mudah Cara; dan
  • Mewujudkan Jawatankuasa Pemandu Projek (JPP), Jawatankuasa Kecil Komersil (JKK), Jawatankuasa Kecil Teknikal (JKT) dan Jawatankuasa Kecil Perundangan (JKP).