Fungsi Utama Fungsi Utama

Sebagai agensi pusat, fungsi utama UKAS, JPM adalah seperti berikut:

1.    Menggubal dasar dan strategi kerjasama awam swasta ;

2.    Merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai inisiatif kerjasama awam swasta (PPP) dan pembangunan koridor        serta menguruskan peruntukan pembangunan koridor dan Dana Mudahcara (Facilitation Fund) ;

3.    Meneliti dan menilai cadangan teknikal dan kewangan projek-projek PPP dengan bantuan agensi yang berkaitan  ;

4.    Menyedia dan menambah baik Garis Panduan serta mengemaskini prosedur PPP dari semasa ke semasa  ;

5.    Merunding terma dan syarat perjanjian konsesi dengan bantuan Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan ;

6.    Menjalankan penyelidikan berterusan dan penambahbaikan program PPP ;

7.    Menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan di luar negara ;

8.    Memberi khidmat nasihat kepada agensi Kerajaan dan pihak awam serta mempromosikan program PPP ; dan

9.    Menjadi Sekretariat kepada projek Kerajaan untuk dilaksanakan di 5 Wilayah Koridor iaitu Wilayah Ekonomi Pantai Timur          (ECER), Iskandar Malaysia (IM), Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), Koridor Pembangunan Sabah (SDC)                  dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).