MAKLUM BALAS PERTANYAAN 2015 MAKLUM BALAS PERTANYAAN 2015

No.
Pengguna
Pendapat/ Cadangan/ Pertanyaan
 
Maklumbalas/Tindakan
 
 
1.
 
Narulfadila Binti Taher
 
Salam,

Bagaimana cara untuk mendaftar syarikat sebagai vendor di jabatan ini daftar syarikat untuk membekal dan perkhidmatan.

terima kasih
 
Waalaikumusalam wbt & Salam Sejahtera.

Puan Narulfadila Binti Taher.

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan atau aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Mengenai pertanyaan puan, dimohon puan untuk menggemukakan profil syarikat kepada:-

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) 
Sesyen Khidmat Korporat & ICT
Unit Pentadbiran
Tingkat 2, Menara Usahawan
Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya
(UP: Puan Kintan Abdul Rahman)
kintan@ukas.gov.my / 03-88865889

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

 
2.  
 
Mat Daud 
 
Macam mana kalau saya mahu membuat permohonan tender?
 
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

En. Mat Daud,

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui portal rasmi UKAS. 

Untuk makluman tuan, maklumat mengenai sebarang tender UKAS akan diiklankan di dalam Portal UKAS dan juga surat khabar nasional dengan menyatakan syarat-syarat bagi permohonan tender tersebut.

UKAS juga mengamalkan prosedur e-Dokumen Tender dan ianya dapat dicapai melalui alamat Portal UKAS seperti berikut; www.ukas.gov.my / https://edokumentender.ukas.gov.my/

Sekian, salam hormat dan terima kasih.
 
 
3.
 
Tentumewah Sdn. Bhd.
 
Kami sebagai pemaju mahu tahu bagaimana caranya untuk memohon membina rumah untuk projek PPA1M. Tolong email borang-borang yang berkenaan.

Alamat kami adalah seperti berikut:

TENTUMEWAH SDN. BHD.
NO. 143, TINGKAT ATAS
JALAN KELAB CINTA SAYANG
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
Tel: 04-448 5599 / 5598 Faks: 04-448 5597

PENGARAH: GOH AIK LAI
hp: 012-477 0829
 
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Tuan,

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan mahu pun aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Memandangkan pertanyaan yang dikemukakan oleh pihak tuan adalah dibawah bidang kuasa Perbadanan Putrajaya (PPJ) maka pertanyaan tuan telah saya salinkan kepada pegawai aduan PPJ iaitu En Mohd Faisal Bin Abdul Wahab Chu, 03-88877152, m.faisal@ppj.gov.my

Diharapkan sebarang pertanyaan mengenai PPA1M di masa akan datang dikemukakan terus kepada pihak PPJ.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

Halaman: 1  2  3  4  5  6